When people get hurt , they learn to hate . When people hurt others , they become hated & are racked with guilt ; But knowing that pain allows people to be kind , Pain allows people to grow & how you grow up is up to you ; You know pain, you think about it , the answer you find it is up to you ; Just try to make your life as simple as possible ; So that you can forget all the pain you had .

Like My Blog ?


Hebat sangat ke kita ni..???

"Abg nak beli kerepek..??" seorang budak bertanya sambil tersenyum. Tangannya membelek pelbagai jenis kerepek sebagai pilihan.

"Takpelaa dik, abang tak nak beli.." Shaq menjawab ringkas. Budak tu pun berlalu pergi utk tanya org lain.

Shaq memerhatikan budak tadi sambil meneguk teh tarik yang dipesan tadi. Kelihatan dia begitu bersungguh-sungguh menjual kerepek yang dibawanya. Setiap pelanggan yang datang ke kedai mamak tu, sumenya habis ditanya satu persatu dengan harapan ada yang ingin membeli kerepeknya.

Kemudian, budak itu berehat sekejap di kaki lima sambil meletakkan bungkusan kerepeknya di lantai. Mungkin penat agaknya atau mungkin tengah mencari akal hendak ke mana selepas ni untuk mencari rezeki jualannya. Sambil memerhati, terselit gak rasa kagum dan kesian melihat betapa gigihnya dia berusaha utk dptkan rezeki jualan. Tak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya sekalipun tidak ada org yg nak beli kerepeknya.

Shaq pun menghabiskan rokok yang sedang dihisap dan pergi membayar minuman tadi. Perlahan, Shaq berjalan ke kereta yang diletakkan tak jauh drpd kedai mamak tu. Shaq pun memasuki kereta dan menutup pintu tapi belum pun sempat Shaq nak start enjin, budak yang jual kerepek tadi berdiri di tepi pintu sambil tersenyum.


"Abg, memang taknak beli kerepek saya ni ke..?? Beli laa utk adik-adik ke, kawan-kawan abg ke, utk ibu abg ke..??" dia cuba memujuk. Timbul plak rasa simpati, Shaq pun membuka wallet dan menghulurkan RM10 kpd budak tersebut.
"Adik, amiklaa RM10 ni, abg sedekah.. Abg tak nak beli kerepek tu sebab kat umah abang cuma abang sorang jek, nanti takde sape-sape nak abiskan. Membazir jek nanti…!!" Shaq memberikan penjelasan.

Budak tu pun amik duit tersebut dengan ucapan terima kasih. Shaq pun mengundurkan kereta utk keluar drpd tempat parking. Shaq menjeling ke side mirror dan terperanjat sebab budak tu bagi duit RM10 tadi kepada pengemis yang buta. Shaq memberhentikan kereta dan memanggil budak tadi.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi kpd pengemis tu..?? Duit tu kan abg bagi kat adik..!" Shaq bertanya dengan agak serius.

"Bang, saya tak boleh amik duit abang tu... Lagipun abang kan memang dah berniat nak bersedekah, saya pun bagi laa kat pakcik buta tu... Mak mesti marah kalau dia ingat saya ni mengemis... Mak selalu pesan saya mesti bekerja utk mencari rezeki yg halal kerana Allah dah berikan tulang 4 kerat ni pada saya... Kalau mak tau saya bwk balik duit abang tadi tapi kerepek yang saya jual ni ada byk lagi, dia mesti marah punyaa bang... Mak pesan, mengemis ni kerja orang-orang yang tak berupaya jek dan saya ni masih kuat lagi bang..!!" terangnya begitu lancar.

Shaq tergamam..!! Tiba-tiba rasa kagum mendengar penjelasan budak itu dan secara tak langsung dia telah bercakap mengenai pegangan hidupnya... Walaubagaimana susah sekalipun, dia takkan mengemis selagi ada kudrat utk mencari nafkah. Walaupun masih muda mentah dari segi usia tapi dia matang dalam pemikiran...

Shaq pun terus membeli 5 bungkus kerepek untuk kawan-kawan di pejabat dan budak itu pun memasukkan satu persatu kerepek ke dalam plastik bungkusan. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu dari situ dengan senyuman.

Sambil memandu, Shaq terfikir tentang budak penjual kerepek tadi. Siapakah org tuanya yang bertuah mendapat anak yang berhati mulia dan berjiwa besar itu..? Anak yatim ke..? Shaq berasa malu dan juga kagum dengan pegangan hidup budak itu. Budak itu berjaya membuatkan Shaq terpana dengan sikap yang menjadikan kerjayanya sebagai satu penghormatan untuk mencari rezeki. Langsung takde kekesalan atau rasa malu untuk membantu orang tuanya demi sesuap rezeki dalam meneruskan kehidupan.

Berapa kali kita pernah rasa bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang..? Masing-masing sibuk mencari kemewahan dalam hidup, mgkin kerana tuntutan hidup yg semakin mencabar..! Sumenya berlumba-lumba untuk mendapatkan gaji yang besar, kereta mewah dan harta melambak sedangkan masih ada segelintir golongan yang sibuk mencari jalan hanya untuk sesuap nasi.

Kita sentiasa beranggapan yang hidup pada zaman skang ni susah sangat tapi kita terlupa masih ada orang lain yang lebih susah drpd kita. Cukup dgn berbekalkan semangat dan pegangan, seseorg tu pasti peroleh kejayaan dlm memelihara diri sementara masih hidup…!! X kira dgn jalan apa sekalipun, ikhlaskan hati dan tetapkan pendirian.. Kita pasti akan dapat apa yg kita nak samada cepat atau lambat..!!
Kerja..? Kehidupan..? Gaji..? Hmmm…

No comments:

Post a Comment

Search

Followers